Mael Totey: The Movie ★½

Good start dari Syahmi Sazli youtuber terkenal Malaysia mengangkat pelakon OKU ke dalam bidang lakonan, sejujurnya MTTM adalah sebuah filem yang mempunyai production value yang boleh dinikmati, tetapi kegagalan Syahmi Sazli adalah menitik beratkan plot point dan executionnya sebagai pengarah. Hampir kesemua pelakon nampak try hard , tetapi masih boleh dinikmati. Ada beberapa penceritaan yang agak meleret kerana dipenuhi dengan subplot yang kurang penting dan juga ada beberapa ceritera yang menangkap hati saya. Suntikan elemen komedi kritik sosial dalam filem ni amat baik tapi disaluti dengan komedi yang hambar. Untuk menghargai Syahmi dan teamnya langgan lah disaluran yang halal Astro First 480 atau Astro Go on Demand.